ARTIKEL

Persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Razak Bintulu tutup sementara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Razak di sini, akan ditutup sementara semalaman pada esok, 18 Jun.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memaklumkan, penutupan yang akan bermula jam 7 malam sehingga 6 pagi pada 19 Jun ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan dan penyiapan Jambatan Bintulu-Jepak merentasi Kuala Kemena.

“Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dari Sultan Iskandar ke Jalan Polycarp Sim Ching Mong dan Jalan Kambar Bubin ke Jalan Tun Razak untuk ke The Spring Bintulu dan Hotel ParkCity Everly.

“Satu lagi laluan alternatif yang dicadangkan ialah dari Jalan Sultan Iskandar ke Jalan Rakawi Yusuf dan ke Jalan Tun Razak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JKR Sarawak turut menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika melalui jalan yang terjejas sepanjang tempoh pembinaan dan mematuhi semua pengurusan trafik untuk keselamatan semua pengguna jalan raya sehingga tamat kerja pembinaan.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan aliran trafik, hubungi Pejabat JKR Bintulu di talian 086- 332077 atau 086-332544 atau 086-332923 pada waktu pejabat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU