Trending

Pertahankan autonomi pendidikan Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak akan terus melindungi dan mempertahankan autonomi pendidikannya, sebagaimana dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak pernah menyentuh untuk mengubah dasar berkenaan.

Justeru, katanya atas dasar itulah Sarawak berhak membangunkan lima buah sekolah menengah antarabangsa yang mengikut sukatan pelajaran Cambridge.

“Seorang profesor mengatakan kami telah melanggar undang-undang. Kami mengatakan tidak, Laporan IGC kita sangat jelas bahawa sistem ini harus diteruskan kecuali jika diputuskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun).

“Tetapi itu tidak berubah sehingga hari ini, jadi GPS akan melindungi sistem itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis pelancaran pembinaan Ibu Pejabat Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) dan Dewan Perdagangan dan Industri Dayak (DCCI) di Jalan Ong Tiang Swee di sini, semalam.

Dilaporkan pada 26 September lalu, Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Teo Kok Seong mengatakan bahawa pendidikan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan membenarkan penubuhan sekolah antarabangsa milik Sarawak ada- lah bertentangan dengan Akta Pendidikan, yang mewajibkan semua sekolah kerajaan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Seperti yang dinyatakan dalam perenggan 17 Laporan IGC 1962, “… walaupun pendidikan, Perkara 13 (a) dari senarai Persekutuan dalam Jadual Kesembilan akan menjadi subjek persekutuan; dasar dan sistem pentadbiran pen- didikan di Borneo Utara dan Sarawak seharusnya tidak terganggu dan tetap berada di bawah kawalan Kerajaan Negeri sehingga kerajaan tersebut sebaliknya bersetuju.”

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru