

KUCHING: Sebanyak 14 pasukan berentap memburu gelaran juara Pertandingan Bola Sepak (Double Knock Out) Daerah Lundu 2022.
Pengerusi Pengelola Ramlee Hassan berkata pasukan bertanding ialah Senoir Project Team, Sematan, Rejeck Project, Riskly FC, Piranha, Sampadi, KSL, Fadzio,
Melano United, SJFC, Seabird, Bajo, Rayu dan Selara.
“Saingan bermula semalam dan beberapa perlawanan turut berlangsung membabit pasukan terlibat,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.
Sementara itu, majlis perasmian berlangsung semalam telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.
Kejohanan terbabit dianjur Kelab Bola Sepak Lundu dengan kerjasama Pusat Khidmat PBB Cawangan N.3 Tanjong Datu, Majlis Daerah Lundu, Pejabat Daerah Lundu, Persatuan Pengadil Daerah Lundu, PDRM Lundu dan Belia Daerah Lundu.
Menurut Ramlee, hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,000 menanti kelompok tiga pasukan terbaik.
“RM3,000 untuk pasukan yang berjaya muncul juara manakala, RM2,000 dan RM1,000 untuk pasukan yang berjaya muncul naib juara serta tempat ketiga,” katanya sambil menambah piala dan pingat turut disedia kepada kesemua tiga pasukan itu.
Katanya penyertaan pasukan hanya untuk dua kawasan iaitu Daerah Lundu dan Sematan sahaja.