
LUNDU: Daerah Lundu akan menjadi tumpuan peminat sukan bola sepak dengan berlangsungnya Pertandingan Bola Sepak (Double Knock Out) Daerah Lundu 2022.
Pengerusi Pengelola, Ramlee Hassan berkata kejohanan dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Lundu dengan kerjasama Pusat Khidmat PBB Cawangan N.3 Tanjong Datu, Majlis Daerah Lundu, Pejabat Daerah Lundu, Persatuan Pengadil Daerah Lundu, PDRM Lundu dan Belia Daerah Lundu.
Menurutnya, saingan akan bermula pada 10 September depan dan Kompleks Sukan Lundu akan menjadi gelanggang utama kejohanan.
“Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,000 menanti kelompok tiga pasukan terbaik.
“RM3,000 untuk pasukan yang berjaya muncul juara. Manakala, RM2,000 dan RM1,000 untuk pasukan yang berjaya muncul naib juara serta tempat ketiga,” katanya ketika ditemu-bual Arena Suara Sarawak, hari ini.
Beliau menambah hadiah berupa piala dan pingat turut disediakan kepada kesemua pemenang.
Ramlee berkata, penyertaan pasukan hanya untuk dua kawasan iaitu Daerah Lundu dan Sematan sahaja.
“Kita hadkan kepada 16 pasukan sahaja dan format kejohanan adalah sebagai mana ditetapkan sebelum ini (Double Knock Out),” jelasnya.
Katanya penyertaan sudah mula dibuka dan sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi beliau di talian 017-5133911 atau Kr Sataria Ulis (Acheng) di talian 014-5850249.
Yuran pendaftaran sebanyak RM150 untuk setiap pasukan dan tarikh akhir mendaftar pada 31 Ogos ini.