ARTIKEL

Pertandingan Boling Piala Senator Dato Ahmad Ibrahim eratkan silaturahim ahli PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pasukan Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N14 ‘2’ Pak Yus merangkul gelaran juara bagi kategori Pasukan Berempat, Pertandingan Boling Piala Senator Dato Ahmad Ibrahim yang berlangsung di Megalanes Emart, Batu Kawa pada 30 September lalu.

Pasukan kendalian Setiausaha Cawangan PBB Batu Kawa, Mohamad Yusrizalmi Kassim itu menewaskan pasukan Pergerakan Pemuda Cawangan PBB N14 yang akur di tempat kedua dan pasukan Kampung Stapok di tempat ketiga, dengan setiap pemenang membawa pulang hadiah berupa piala dan pingat.

Ahmad (berdiri, tengah) dan Sim (berdiri, tengah) bersama-sama para peserta bergambar selepas acara penyampaian hadiah.

Selain itu, pasukan yang menduduki tempat keempat sehingga ke-15 bagi kategori itu turut menerima hadiah saguhati.

Manakala bagi kategori jemputan dimenangi oleh pasukan Cawangan PBB Kota Sentosa, setelah berjaya mengatasi pasukan Cawangan PBB Batu Kitang selaku naib juara.

Ahmad menunjukkan bakat bermain boling, dengan turut disaksikan Sim serta para peserta pertandingan.

Pemenang ketiga dan keempat pula masing-masing diduduki oleh pasukan Saberkas Negeri dan Ibu Pejabat PBB, dengan setiap pemenang turut menerima hadiah berupa piala dan pingat.

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Senator Ahmad Ibrahim, dengan turut dihadiri Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Sim turut serta bermain boling dalam Pertandingan Boling Piala Senator Dato Ahmad Ibrahim di Megalanes Emart, Batu Kawa pada 30 September lalu.

Pertandingan anjuran PBB Batu Kawa itu menyaksikan sebanyak 15 pasukan berentap bagi kategori Pasukan Berempat, iaitu terdiri daripada pasukan Senator Dato Ahmad Ibrahim, pasukan Pak Yus, Pergerakan Pemuda Cawangan PBB N14, Pergerakan Wanita Cawangan PBB N14, Pergerakan Belia PBB N14 1828, Kampung Burung Lilin dan RPR Fasa 2 Perumahan Batu Kawa.

Selain itu pasukan dari Taman Desa Wira, Kampung Sinar Budi Baru, Kampung Desa Wira Lot, Kampung Sinar Budi Lama, Kampung Tengah Sungei Batu Kawa, Kampung Rantau Panjang Lot, Kampung Rantau Panjang Lama dan Kampung Stapok.

Sementara Ahmad dalam amanatnya, berkata aktiviti itu bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan minda dan jasmani malah secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan peserta.

“Ini juga membuka ruang kepada para peserta termasuk diri saya untuk mengenali sesama diri dengan lebih dekat,” katanya.

Justeru, beliau berharap aktiviti seperti itu diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

LAIN-LAIN BERITA

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan

Tun Taib pencetus muaythai Sarawak

KUCHING: Mantan Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, memberi implikasi cukup hebat dalam dunia sukan Sarawak. Terutama sukan tempur jarak

BERITA TERBARU

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,