NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Pertandingan Boules berlangsung pada 18 dan 19 Februari

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Persatuan Sukan Boules Sarawak FOTO:FB

KUCHING: Persatuan Sukan Boules Sarawak dengan kerjasama Persatuan Sukan Boules Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Boules Perseorangan Lelaki & Wanita Zon Sarawak 2023.

Pertandingan tersebut akan berlangsung selama dua hari pada 18 hingga 19 Februari ini bertempat di Arena Petanque Sarawak, Santubong.

Jurucakap Pertandingan, Jalani Rosani memberitahu, pihaknya mengalu-alukan peminat sukan petanque untuk menyertai pertandingan tersebut.

Katanya, yuran kemasukan ialah RM50 dan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi beliau di talian 013-8110050.

“Kita menyeru peminat sukan petanque untuk menyertai pertandingan selama dua hari itu. Untuk maklumat, tarikh akhir pendaftaran pada 16 Februari ini,” ujar Jalani kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Jalani, format pertandingan liga dua pusingan (double knock-out) dan kalah mati untuk saingan seterusnya.

“Kelompok empat terbaik setiap kumpulan layak ke pusingan seterusnya,” tambah Jalani lagi.

Katanya, penganjuran pertandingan tersebut untuk mengenal pasti pemain berbakat dari Sarawak mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan di peringkat kebangsaan, Asia mahupun dunia sepanjang tahun ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru