Pertandingan katak tarik peserta 30 negara

KUCHING: Hutan Simpan Samajaya, Taman Negara Kubah, Pusat Hidupan Liar Matang dan kampus Unimas muncul tempat kelapan Pertandingan Katak Borneo Antarabangsa 2019.

Pertandingan anjuran bersama oleh Koperasi Perhutanan Sarawak Sdn Bhd dan Unimas berlangsung di Pusat Maklumat Islam Sarawak di sini.

Acara tahunan itu dirasmikan Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Belia, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak Hii Chang Kee Hii berkata, pertandingan Katak Borneo Antarabangsa merupakan pergerakan pemuliharaan warganegara yang mendapat sokongan daripada agensi-agensi kerajaan bagi menarik perhatian orang ramai ke Sarawak.

Katanya, ia juga bagi memperkenalkan Malaysia sebagai kawasan yang kaya dengan kepelbagaian biologi.

“Acara global yang disambut melalui 720 acara lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia itu adalah untuk menyerlahkan isu-isu pemuliharaan yang dihadapi oleh amfibia,”katanya.

Beliau turut menggalakkan peserta dari luar Sarawak supaya mengambil kesempatan melawat kawasan Kuching yang terlindung.

“Sarawak mempunyai 65 kawasan yang dilindungi sepenuhnya, 45 taman negara yang diwartakan, lima perlindungan hidupan liar dan 15 hutan simpan.

“Pengunjung boleh melawat pusat hidupan Semenggoh untuk melihat Orang Utanikonik, Taman Negara Bako untuk melihat pembentukan batu besar dan monyet probosik, dan jika Taman Nasional Gunung Gading untuk melihat raflesia.”jelasnya.

Pertandingan terhad kepada 100 peserta bagi mengurangkan kesan terhadap flora dan fauna.