ARTIKEL

Pertandingan memancing di Sibu pada 13 Ogos ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pelawan akan menganjurkan pertandingan memancing ‘Jom Kita Ngail Lok’ pada 13 Ogos ini.

Bertempat di Tebingan Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II (Waterfront Dataran Fasa 2), pertandingan itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang.

Jurucakap penganjurnya berkata, pihaknya menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM2,220 melibatkan tiga kategori.

“Kategorinya ialah ikan paling berat, ikan terbanyak dan tangkapan paling cepat.

“Johan, naib johan dan tempat ketiga dalam ketiga-tiga kategori tersebut masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM300, RM200 dan RM150 beserta hamper,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, pertandingan itu terhad kepada 100 peserta terawal mendaftar dengan yuran sebanyak RM30 untuk satu joran, dan seorang peserta hanya dibenarkan menggunakan tiga joran.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Ogos ini.

“Sebarang pertanyaan boleh hubungi Abang Mohd Hariq di talian 014-5903070, Zaini Ahmad (013-8385187), Azlan Shah (017-8566522) atau Maswira (012-8724695),” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU