ARTIKEL

Pengasas bersama CRIT Esports, Randy Lim pada majlis pelancaran kejohanan di Asia Pacific University (APU), Kuala Lumpur. - BERNAMA

Pertandingan PUBG Mobile, tawar hadiah RM200,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Lebih 6,400 peserta dari 100 universiti di seluruh negara akan bersaing merebut hadiah berjumlah RM200,000 menerusi pertandingan PUBG Mobile pada Jelajah ACS EDU Musim 3 yang diadakan bermula 19 Jun ini hingga November depan.

Pengasas bersama CRIT Esports Randy Lim berkata setiap pasukan akan diwakili empat pemain dalam kejohanan melibatkan tiga peringkat pertandingan iaitu peringkat university minors (1,600 pasukan), territory majors (256 pasukan) dan grand final (16 pasukan).

“Matlamat jangka panjang kami ialah menjadikan kejohanan ini sebagai acara yang dinanti-nantikan semua pada setiap tahun.

“Apabila kami bermula dengan Musim 1 dan 2, ia melibatkan 12 hingga 16 universiti dan tahun ini, kami kembali dengan penglibatan 100 universiti,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kejohanan itu di Asia Pacific University di sini semalam.

Juara Jelajah ACS EDU Musim 3 juga akan membawa pulang trofi yang direka khas bagi memperingati kerja keras dan dedikasi mereka sepanjang kejohanan berkenaan.

Jelajah ACS EDU Musim 3 itu mendapat sokongan padu Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) dan Esports Integrated (ESI), sejajar dengan misi mereka untuk melibatkan keseluruhan ekosistem e-sukan daripada akar umbi hingga peringkat profesional.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di