ARTIKEL

Desmond menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Pertandingan Robotik Antarabangsa di Miri, 8-11 Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pertandingan Borneo IRT diadakan empat hari bermula 8 hingga 11 Mei ini dengan menyaksikan empat kategori dipertandingkan iaitu Robomission Elementary, Robomission Junior, Robomission Senior dan RoboSports Double Tennis.

Pada tahun ini, IRT menerima penyertaan seramai 149 pelajar dari seluruh Malaysia dan juga luar negara termasuk Vietnam, Macau, China dan Taiwan.

Para peserta menonjolkan bakat masing-masing pada Borneo IRT 2024.

MIRI: Pertandingan Robotik Antarabangsa (IRT), Robomission Battle Lego Education Spike Prime menjadi mercu tanda kemajuan kita dalam bidang teknologi dan potensi minda tanpa batas

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, melalui pertandingan ini juga, ia membantu mengeratkan hubungan global antara negara.

Desmond (duduk tengah) merakam kenanagan bersama dengan peserta serta pengiring yang mewakili negara masing-masing.

“Dalam pertandingan ini, kita berdepan dengan persaingan sengit dan menyaksikan pelbagai inovasi, tetapi marilah kita bersama-sama mengingati inti pati sebenar pertandingan ini.

“Di sebalik mengejar kemenangan, terdapat peluang untuk kerjasama, peluang belajar dan peluang pertumbuhan. Oleh itu, marilah kita menerima peluang ini dengan hati dan minda terbuka.

“Selain itu, marilah kita menjalin hubungan merentasi sempadan serta bersama-sama memperkembang lagi dunia robotik ini,” katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Desmond Douglas Jerukan semasa merasmikan Borneo IRT, hari ini.

Dalam pada itu katanya, penganjuran pertandingan seperti ini juga merupakan peluang keemasan mempromosi keindahan bandar raya Miri ini.

“Sepanjang berada di sini, saya menggalak anda bukan sekadar mempamerkan kehebatan masing-masing, tetapi selamilah kekayaan budaya dan warisan yang kami ada .

“Terokailah bandar kami, libatkan diri dengan komuniti kami dan wujudkanlah kenangan di sini yang akan dikenang sampai bila-bila” ujarnya.

Pertandingan Borneo IRT diadakan empat hari bermula 8 hingga 11 Mei ini dengan menyaksikan empat kategori dipertandingkan iaitu Robomission Elementary, Robomission Junior, Robomission Senior dan RoboSports Double Tennis.

Pada tahun ini, IRT menerima penyertaan seramai 149 pelajar dari seluruh Malaysia dan juga luar negara termasuk Vietnam, Macau, China dan Taiwan.

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU