PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Pertandingan tiga penjuru Parlimen Sibuti dan Parlimen Miri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TIGA PENJURU: Parlimen P218 Sibuti menyaksikan pertandingan antara calon GPS, Lukanisman yang akan disaing Zulhaidah (PKR) dan Bobby Wiliam (PBDS) pada PRU15.
TIGA PENJURU: Parlimen P218 Sibuti menyaksikan pertandingan antara calon GPS, Lukanisman yang akan disaing Zulhaidah (PKR) dan Bobby Wiliam (PBDS) pada PRU15.

MIRI: Parlimen P218 Sibuti dan Parlimen P219 Miri masing-masing menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Hari Penamaan Calon pada Sabtu.

Bagi Parlimen P218 Sibuti yang merupakan kerusi tradisi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), penyandangnya Lukanisman Awang Sauni (Gabungan Parti Sarawak) akan dicabar dua lagi calon parti pembangkang.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen P218 Sibuti, Siti Rohanie Yusof mengumumkan Lukanisman akan bertanding bersama calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulhaidah Suboh dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Bobby William.

Sebaik sahaja tamat tempoh bantahan selama satu jam, Siti Rohanie Yusof mengesahkan kerusi Parlimen Sibuti akan ditandingi tiga parti masing-masing GPS, PKR dan PBDS.

Pencalonan Lukanisman dicadangkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti yang juga Adun Bekenu, Datuk Rosey Yunus dan disokong Adun Lambir yang juga Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dr Ripin.

Manakala bagi pencalonan Bobby William pula dicadangkan oleh Siti Berangkut dan disokong oleh Rusty Watt.

Calon PKR, Zulhaidah Suboh pula telah dicadangkan oleh Ladik Jupong dan disokong oleh Noorhafizah Mohd Joharie.

Terdahulu, calon dari GPS itu bersama lebih 1,000 penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon kira-kira jam 8.03 pagi, ikuti Bobby William pada jam 8.15 pagi seterusnya Zulhaidah yang tiba pada jam 8.45 pagi.

Lukanisman yang menghantar borang penamaan pada jam 9.04 pagi mendapat tempat pertama dalam susunan calon di atas kertas undi.

Manakala Zulhaidah Suboh (menghantar borang 9.15 pagi) mendapat tempat kedua sementara berselang lima minit selepas menghantar borang penamaan, Bobby William diundi calon ketiga dalam susunan atas kertas undi.

Pada PRU14, Lukanisman Awang Sauni menang dengan majoriti 3,676 undi menewaskan pencabarnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jemat Panjang dan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Zulaihi Bakar.

Lukanisman meraih 12,214 undi keseluruhan manakala Jemat mendapat 8,538 undi dan Zulaihi mendapat 1,617 undi.

Sementara itu, Parlimen P219 Miri turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara calon GPS, Jeffery Phang Siaw Foong, 48, calon Pakatan Harapan (PH), Chiew Choon Man, 31 dan bekas Datuk Bandar Miri yang juga dari PSB, Lawrence Lai Yew Son, 62.

Pertandingan tiga penjuru itu telah diumumkan Pengurus Pilihan Raya bagi P.219 Miri, Abdul Rahman Taupek sekitar jam 12.34 tengahari.

Ketiga-tiga calon yang pertama kali bertanding merebut kerusi Parlimen P219 Miri itu ditemani pencadang dan penyokong masing-masing di Pusat Penamaan Calon Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri pagi semalam.

Pencalonan Jeffery Phang dicadang dan disokong oleh Timbalan Datuk Bandar Miri Julahi Mohamad dan Datuk Seri Law Kiu Kiong.

Manakala Lawrence Lai dicadang dan disokong oleh Leslie Ting dan Chin Fen Siong sementara Chiew Choon Man dicadang dan disokong oleh Wong Fui Kian dan Ang Siew Loong.

Kerusi Parlimen P219 Miri yang disandang Dr Micheal Teo selama dua penggal itu menjadi rebutan selepas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan namanya dari senarai calon PRU15.

Pada PRU 2013, Dr Teo memperoleh 26,909 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Sebastian Ting, yang sekadar mengutip 24,917 undi sementara calon STAR, Chong Kon Fatt membawa pulang 306 undi.

Pada 2018, Teo sekali lagi bertarung dengan Sebastian, dan kali ini beliau menang dengan majoriti besar, 13,663 undi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan