ARTIKEL

PERLU DIPERTINGKAT: Rundi ketika bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan Sambutan Hari Integriti Jabatan Pertanian Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam. Gambar oleh Ramidi Subari

Pertanian perlu dipertingkat guna teknologi baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tahap pengeluaran hasil pertanian di Sarawak perlu dipertingkatkan lagi, dengan ia hanya dapat dicapai menerusi penggunaan teknologi baharu dan moden.

Justeru, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Stephen Rundi Utom berkata komitmen itu menuntut penglibatan aktif petani kecil khususnya di kawasan luar bandar.

“Saya fikir kita perlu memperbaikinya dengan lebih tinggi lagi, maksudnya kita belum dapat sepenuhnya menggunakan teknologi baharu dan moden,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Sambutan Hari Integriti Jabatan Pertanian Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Industri Makanan Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Martin Ben dan Pengarah Pertanian Sarawak Dominic Chunggat.

Sehubungan itu, Rundi berkata antara kaedah yang dapat digunakan oleh petani kecil adalah dengan mengadakan pertanian kontrak dengan pihak swasta yang mempunyai kemampuan dari segi teknologi dan kewangan.

Katanya, ia memandangkan kaedah pertanian tradisional tidak relevan lagi digunakan untuk pertanian komersial.

“Kalau mahu cepat, petani-petani kecil kita kenalah berkolaborasi dengan syarikat-syarikat yang telah berjaya, mempunyai kemampuan dari segi teknologi dan sebagainya termasuk kewangan,” katanya.

Beliau menambah dengan cara itu, ia bukan sahaja diyakini dapat membantu meningkatkan hasil pengeluaran pertanian tetapi juga pendapatan petani.

Rundi berkata selain kelapa sawit dan padi, tanaman lain yang dikenal pasti berpotensi untuk pengeluaran komersial di Sarawak ialah kelapa, nanas, pisang dan kopi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU