ARTIKEL

Pertembungan dramatik 32 pasukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Cabaran Futsal Sarawak 2023 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan pada Sabtu dan Ahad ini bakal menyajikan aksi penuh dramatik.

Sebanyak 32 pasukan turun berentap bagi mengintai imbuhan wang tunai RM10,000 berserta piala dan pingat untuk sang juara.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) Phillip Jabu menegaskan, kelibat pemain dari kesemua pasukan pasti menjadi tumpuan.

Terutama dua wakil kelab dari negara jiran (Indonesia) iaitu Gema FC dan Immosc. Di samping kelab dari Sabah, W&N Empire dan DBKL serta Grace CBF Old KK (Kuala Lumpur).

“Beberapa kelab dari Sarawak seperti PFA Odin, Kasma KTT, Sambir Bistari, Jang Bro dan banyak lagi,” ujar Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Phillip, hari pertama kejohanan berlangsung perlawanan peringkat kumpulan. Disusuli perlawanan hari kedua membabitkan perlawanan kalah singkir pada hari kedua.

Cabaran Futsal Sarawak 2023 merupakan anjuran SFA dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais