ARTIKEL

Pertemuan dengan Persatuan Bas Sarawak, tangani program tambang RM1 – MOTS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) hari ini, mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Persatuan Bas Sarawak bagi menangani kebimbangan berhubung semakan semula program subsidi tambang bas kadar rata RM1.

Dialog yang dipengerusikan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin membincangkan secara terperinci berkenaan Program Subsidi Tambang Bas Kadar Rata RM1 dan semua isu-isu yang dibangkitkan oleh syarikat bas telah diselesaikan secara baik.

Menurut kenyataan media MOTS, semua pengusaha bas, bersama-sama pengerusi Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA) Mohd Atan Abdullah bersetuju dengan cadangan kementerian.

Cornelia menyampaikan cenderahati kepada Kim Shin semasa kunjungan tersebut.

Pihak berkaitan juga katanya melahirkan rasa syukur dan berharap kesinambungan program ini dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih besar.

Bermula pada 1 Januari 2024, Kerajaan telah memulakan penguatkuasaan dasar program subsidi yang mengehadkannya kepada laluan tidak melebihi 40 kilometer.

Program subsidi ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Syarikat Bas Henti-henti sehingga tahun 2025. Subsidi ini akan memberi manfaat kepada rakyat terutamanya kumpulan B40.

Terdahulu, Kim Shin menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak Cornelia Wong.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU