Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Pertimbang subsidi bagi pembelian panel solar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
DATUK SIM KIANG CHIOK

KUCHING: Kerajaan boleh mempertimbangkan pemberian subsidi bagi pembelian panel solar supaya semua pemilik rumah boleh mengambil bahagian dalam program penjanaan tenaga hijau yang mampan.

Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (Sheda) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok berkata, pandangan untuk pemasangan panel solar di kawasan kediaman yang baharu sebagai sesuatu yang baik.

“Saya percaya pemasangan panel solar dengan pemeteran tenaga bersih atau meter dua hala pada rumah dan bangunan individu merupakan cadangan yang baik.

“Terutama dalam menjana tenaga hijau untuk mengurangkan pelepasan karbon atau jejak yang akan membantu mengekalkan pembangunan, pada masa sama memelihara bumi daripada bahaya pemanasan global.

“Bagaimanapun, kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan untuk memberikan subsidi bagi panel solar untuk mengurangkan kos supaya ia mempunyai faedah ekonomi yang positif terhadap pemasangan panel ini.

“Lebih penting, semua pemilik rumah boleh mengambil bahagian dalam program penjanaan tenaga hijau yang mampan,” katanya yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan ketika dihubungi, semalam.

Baca lain  Kayu balak yang dipersijilkan dapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa

Berdasarkan analisis harga jelasnya, kos permulaan bagi panel solar mungkin menghalang permintaan untuk pemasangan panel solar di rumah dan pejabat persendirian.

Mengenai pemasangan wajib panel ini tegas Kiang Chiok, sekarang mungkin bukan masa yang sesuai untuk mengenakan peraturan sedemikian.

Beberapa hari lalu Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyatakan Kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pemasangan panel solar di kawasan kediaman baharu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru