PETALING JAYA: Kerajaan digesa terus membantu rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi pemberian moratorium bersasar secara terus kepada pekerja dan mengarahkan institusi perbankan memberikan fleksibiliti kepada para peminjam.
Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, ini dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung majikan dan peniaga kerana kos operasi setiap syarikat terbahagi kepada tiga elemen utama iaitu bahan mentah, gaji pekerja serta kos sewa pejabat dan operasi.
Katanya, jika pekerja mendapat moratorium untuk pinjaman perumahan, kenderaan dan kad kredit daripada pihak bank, mereka tidak akan terjejas sekiranya majikan terpaksa memotong sebahagian gaji untuk memulihkan aliran tunai syarikat tempat mereka bekerja.
“Ia seumpama domino effect, sekiranya aliran tunai syarikat terjejas, majikan terpaksa memotong gaji pekerja. Namun, jika pekerja diberikan moratorium untuk pinjaman bank, mereka dapat bertahan walaupun gaji dipotong sementara.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mei 2021