Pertimbangkan pampasan galak rakyat daftar vaksinasi

KUCHING: Kerajaan Persekutuan sedang mempertimbangkan pemberian pampasan sekiranya berlaku sebarang kesan sampingan serius selepas suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara tersebut bagaimanapun masih lagi dalam peringkat perbincangan dan merupakan inisiatif yang di cadang oleh kerajaan untuk bertanggungjawab terhadap perkara yang tidak diingini pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Malah katanya, ia juga merupakan salah satu cara untuk kerajaan menunjukkan komitmen dan memberikan jaminan serius atas keberhasilan proses vaksinasi.

“Kerajaan mungkin mempertimbang untuk membayar pampasan jika mereka yang telah menerima vaksin tersebut mengalami kesan sampingan yang serius yang menyebabkan kematian, cacat kekal dan sebagainya.

“Selain itu, kerajaan juga akan memberikan pampasan yang diperlukan. Perkara ini bagaimanapun masih belum dimuktamadkan,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Mac 2021

Suara Sarawak