Pertubuhan Dayak bergabung anjur majlis Mantar Gawai Dayak

BINTULU: Empat pertubuhan Dayak bergabung menganjurkan majlis sambutan Pra Gawai Dayak atau “Mantar Gawai Dayak” Peringkat Bahagian Bintulu yang dijadualkan pada 19 Mei depan bertempat di Dewan Suarah, di sini.

Menurut pengerusi pengelola sambutan, Francis Kalang, empat pertubuhan terbabit adalah Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA).

Penganjuran(Pra Gawai Dayak) dilakukan secara bergilir-gilir di antara empat persatuan Dayak yang terdapat di Bahagian ini, katanya yang juga merupakan pengerusi National OUNA Bahagian Bintulu.

Francis Kalang merakamkan gambar bersama- sama jawatankuasa penganjur sambutan Pra Gawai Dayak atau “Mantar Gawai Dayak” Peringkat Bahagian Bintulu.

“Ini membuktikan jalinan kerjasama yang erat serta perpaduan yang utuh dalam kalangan persatuan di sini dan kita sentiasa bantu-membantu,ujarnya sambil menambah pelbagai acara bakal dilangsungkan sepanjang acara sambutan seperti pertandingan ratu cantik (pekit kumang), pertunjukan kebudayaan termasuklah akan dihiburkan oleh artis tempatan.

“Sambutan ini juga menjadi medan mengeratkan silaturahim dalam kalangan semua kaum di Bintulu untuk berkumpul bersama sebelum balik ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan perayaan sebenar nanti,” katanya.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Sri Tiong King Sing, Menteri Utiliti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Datuk Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Haji Talib Zulpilip, , Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai, ADUN Samalaju Majang Renggi dan ADUN Murum Kennedy Chuk Pai Ugon dijangka menghadiri acara sambutan tersebut.

 

Suara Sarawak