ARTIKEL

Pertubuhan dibatal jika gagal kemuka penyata tahunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pertubuhan di negeri ini akan dibatalkan penubuhannya jika gagal mengemukakan penyata tahunan.

Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Sarawak, Dato Georgina Apphia Ngau berkata tindakan itu dibuat di bawah Seksyen 13(1)(c)(iv).

“ROS Sarawak memang sentiasa mengingatkan pertubuhan untuk menghantar penyata tahunan seperti dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966.

“Sekiranya gagal maka pertubuhan itu akan dibatalkan,” katanya yang dihubungi.

Beliau berkata peringatan berhubung perkara itu juga sering dibuat setiap tahun, bagi memastikan setiap pertubuhan menghantar penyata tahunan masing-masing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dilapor menegaskan ROS perlu bertindak tegas terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang gagal menghantar laporan kewangan tahunan bagi memastikan kepatuhan NGO terhadap undang-undang pertubuhan.

Beliau berkata Akta Pertubuhan 1966 memberi kuasa kepada ROS antara lain menerima permohonan pendaftaran sesuatu pertubuhan, memberi kelulusan serta memastikan sesebuah pertubuhan itu bergerak sesuai dengan undang-undang.

Beliau berkata ROS perlu melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala terhadap pertubuhan berdaftar supaya insiden melibatkan sebuah NGO dibekukan akaun ekoran dakwaan wang sumbangan orang ramai untuk membantu rakyat Palestin disalah guna, tidak berulang.

Sebelum ini dilaporkan SPRM memulakan siasatan ke atas Aman Palestin Bhd berhubung aktiviti pengumpulan derma oleh NGO tersebut untuk rakyat Palestin.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta