ARTIKEL

Pertubuhan, persatuan sukan perlu lebih proaktif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERAH…Datuk Seri Abdul Karim (dua kanan) menyerahkan replika geran tahunan kepada wakil SLTA, di Kuching, malam tadi. – FOTO GHAZALI BUJANG

KUCHING: Persatuan, pertubuhan belia dan sukan di Sarawak disaran lebih proaktif serta komited dalam melaksana program atau aktiviti masing-masing.

Ia penting bagi merealisasi agenda pembangunan sosial berterusan, produktif dan berimpak tinggi selaras dengan keprihatinan serta sokongan daripada Kerajaan Sarawak dalam menyediakan geran tahunan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, ia dengan mengambil kira perubahan dunia masa kini yang jauh berbeza.

Lantas katanya, menuntut kepada anjakan lebih komprehensif daripada badan berkaitan dalam melaksana mahupun menganjur sesuatu program.

“Kita sememangnya perlu memperhebatkan pembangunan sukan di negeri ini.

“Industri sukan merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial sesebuah negara,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Belia dan Sukan 2023, di sini, malam tadi.

Karim juga turut mengingatkan kepada badan induk yang menerima geran terbabit agar bijak menguruskan perjalanan kewangan masing-masing.

“Gunakan peruntukan yang ada dengan sebaiknya. Saya percaya menerusi pelaksanaan pelbagai program tahunan anda semua selepas ini mampu memperlihatkan kelebihan sebenar Sarawak sebagai kuasa sukan di negara ini dengan lahirnya bakat baharu dalam pelbagai jenis sukan,” jelas beliau.

Agihan geran dengan jumlah keseluruhan RM1,634,600 tesebut kepada 44 persatuan/pertubuhan belia dan sukan.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU