ARTIKEL

Pertumbuhan luar biasa industri kelapa sawit tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Industri kelapa sawit tempatan menyaksikan pertumbuhan dan transformasi yang luar biasa sejak beberapa dekad yang lalu, didorong oleh kemajuan teknologi dan inovasi yang dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pemain industri minyak sawit dalam mempromosikan amalan pengeluaran mampan dan meningkatkan hasil kelapa sawit .

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia mencapai kemajuan signifikan dalam penyelidikan biak baka dan bioteknologi, menghasilkan program siri sawit klon dan genom yang berjaya.

Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata mekanisasi terutamanya merevolusikan tugas seperti menuai dan meningkatkan kecekapan pengurusan perladangan.

“Saya berbangga untuk mengatakan Malaysia melakukan pencapaian penting dengan berjaya menjujuk genom kelapa sawit, meningkatkan kecekapan amalan pembiakan baka kelapa sawit.

“Kerjasama penyelidikan lain yang menghasilkan penemuan saintifik termasuk ciri pemakanan dalam industri makanan, farmaseutikal dan industri makanan tambahan kesihatan,” katanya dalam ucaptama di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa 2023 (PIPOC 2023) di sini, semalam.

Sementara itu, Fadillah berkata sejak 1980-an, Malaysia komited untuk mengguna pakai tenaga mampan, merintis pembangunan teknologi biodiesel berasaskan sawit, menyumbang kepada kemampanan alam sekitar dan kecekapan tenaga.

Beliau berkata skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) turut melengkapkan matlamat kemampanan dan mendapat pengiktirafan global.

“Skim pensijilan MSPO diterima pakai untuk Kod Penyumberan Kemampanan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020, (ketika itu) Jepun menggunakan produkproduk yang diperakui MSPO.

“Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun menerima skim pensijilan MSPO untuk tenaga boleh diperbaharui, dan Panpan Foods mempromosikan MSPO di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

“Kalau tak siap, siap kau.” – Fadillah

KUCHING: “Kalau tak siap (projek), siap kau (kontraktor),” itu gurauan tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kepada pihak kontraktor bagi Projek Pembangunan Lembangan

KOBIS Bhd memperkasa belia lonjak pendapatan

KUCHING: KOBIS Bhd, yang diketuai oleh pengerusinya, Zaiwin Kassim, dan ahli lembaga lain, mengunjungi Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kelmarin. Delegasi tersebut disambut oleh Pengarah

Pupuk ketelusan dalam amalan perolehan

KUALA LUMPUR: Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memupuk ketelusan, akauntabiliti dan standard

BERITA TERBARU

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau