ARTIKEL

Perubahan cuaca ekstrem punca susur tanah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Perubahan cuaca yang ekstrem sejak kebelakangan ini menjadi antara punca berlakunya susur tanah di Kampung Bukit Kota baru-baru ini.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, perubahan cuaca dari panas berpanjangan kepada hujan lebat berterusan akan menyebabkan struktur tanah menjadi tidak kuat.

Ujarnya, perkara ini sudah semestinya akan menyebabkan susur tanah atau tanah runtuh berlaku terutamanya di kawasan berbukit.

“Kemarau panjang berlaku baru-baru ini menyebabkan tanah menjadi kering dan perubahan kepada musim hujan berpanjangan sedikit sebanyak memberi kesan kepada struktur tanah.

“Jangan melakukan sebarang aktiviti pertanian atau lain-lain aktiviti di kawasan berbukit buat masa sekarang kerana keadaan tanah adalah sangat tidak stabil,” katanya semasa menyerahkan sumbangan tiga buah kereta sorong kepada mangsa tanah runtuh di Bukit Kota, semalam.

Hasbi turut mengingatkan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya bencana alam.

tegasnya, impak cuaca ekstrem kemungkinan akan menyebabkan berlakunya bencana seperti banjir, tanah runtuh, ribut dan sebagainya.

“Orang ramai perlu sentiasa peka terhadap sebarang perubahan cuaca di kawasan masing-masing serta maklumat cuaca yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan.

“Kalau boleh, lakukan persediaan awal bagi kawasan-kawasan yang kerap berlakunya bencana sebelum ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga