Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Perubahan polisi bantu pengguna berdepan masalah transaksi tanpa kebenaran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

 

 

Chong (kanan) bersama-sama Loke (kiri), mangsa debit jualan tanpa kebenaran ketika sidang media

KUCHING: Sekitar 10 kes berhubung transaksi debit tidak sah, tanpa kebenaran antara pengguna dengan pelbagai bank belum diselesaikan, kata Chong Chieng Jen.

Justeru, Ahli Parlimen Stampin itu berkata dirinya akan membawa perkara berkaitan kepada Kementerian Kewangan untuk melihat perkara tersebut.

Beliau turut berharap agar apabila ia dibawa kepada kementerian kelak, berlaku perubahan segera dari segi polisi agar masalah sedemikian dapat diselesaikan.

“Masih banyak kes seumpamanya belum diselesaikan dan akan dikumpul untuk dibawa ke pihak kementerian yang bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di Chong Brothers Advocates, di sini, hari ini.

Mendedah lanjut, beliau memberitahu bahawa lebih kurang tiga kes berhubung transaksi debit tidak sah diselesaikan setakat ini.

Dalam pada itu, Chong turut memuji institusi kewangan Malayan Banking Berhad (Maybank) atas tindakan tangkas menyelesaikan masalah seumpamanya dihadapi salah seorang pemegang akaun Maybank.

Baru-baru ini, Loke, 53, meminta bantuan daripada Chong apabila dia mendapati banyak transaksi debit tanpa kebenaran dicaj ke akaun miliknya dari Mei hingga Oktober 2022 melibatkan lebih 300 transaksi.

“Jumlah keseluruhan yang dicaj ke akaun bank Loke ialah RM22,215.33. Bagaimanapun, amaun tersebu telah dibayar semula sepenuhnya oleh Maybank dalam masa seminggu.

Ekoran itu, Chong menyeru agar pihak bank lain mencontohi tindakan tersebut dan memberi lebih banyak perlindungan kepada pemegang akaun mereka.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru