ARTIKEL

Peruntukan bina jambatan, jalan masih ada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TINJAU… Fadillah Yusof serta yang lain semasa meninjau kerosakan jeti di dermaga diberitakan taklimat oleh pihak JKR.

SARATOK: Jangan risau, peruntukan masih ada dan pembinaan Jambatan Pagan serta tiga jalan utama di dalam Parlimen Saratok kini dalam pelaksanaan, tegas Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Katanya, kerajaan komited untuk meneruskan projek berimpak tinggi di Saratok.

“Saya tahu ada beberapa projek utama yang belum selesai seperti infrastruktur jalan raya, jambatan dan jeti.

“Apabila negara diserang pandemik Covid-19, ia menyebabkan kenaikan harga barang sehingga ada projek terpaksa disemak semula dan mengakibatkan sedikit kelewatan.

“Namun, insya-Allah selepas pilihan raya…dan saya sendiri akan pantau, saya akan pastikan projek tersebut dilaksanakan.

“Kebanyakan dalam pelaksanaan terutama untuk projek membina Jalan Bajau-Kupang yang berharga RM90 juta, akan ditender pada Disember.
Sekarang proses pengambilan tanah hampir selesai dan maknanya proses tender akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata demikian selepas meninjau kerosakan jeti di dermaga dekat sini hari ini.

Jelasnya apabila disebut dalam pelaksanaan, statusnya di pelbagai peringkat.

Bagi Jambatan Pagan yang menyeberangi Sungai Krian, Saratok sepanjang 500 meter jelas Fadillah, projek dianggar menelan kos RM85.5 juta kini dalam proses reka bentuk dan dijangka ditender pada suku pertama tahun hadapan.

“Sementara Jalan Pagan, Saratok ke Kampung Kaba kini dalam proses pertapakan.

“Jalan Serandong, Perpat ke Paloh dan Batang Maro sepanjang 15 kilometer pula dalam proses rundingan antara Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan kontraktor – dijangka selesai penghujung akhir November,” ujarnya.

Kesemua projek tersebut dibiayai Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sebagai agensi pelaksana.

Tentang isu kesesakan di Simpang Saratok, Fadillah menyatakan ia akan dikaji untuk perancangan seterusnya.

“Reka bentuk awal Lebuh Raya Pan Borneo memang ada jejambat tetapi akibat bajet terhad, maka dikeluarkan daripada pelan.

“Namun, saya menyedari perkara ini menyebabkan kesesakan dan insya-Allah akan dibina dalam perancangan seterusnya. Ada beberapa tempat lain juga termasuk di Saratok, kita akan menambah baik dari segi persimpangan bertingkat,” tambahnya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU