Trending

Peruntukan diputuskan oleh unit jawatankuasa UNIFOR – Uggah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
WAKIL... Uggah menyampaikan cek kepada Dr Sim untuk diagihkan ke rumah ibadat di sekitar kawasan Batu Kawah. Turut kelihatan Fatimah (kanan).

KUCHING: Peruntukan bagi tujuan menaik taraf atau membaik pulih rumah ibadat diputuskan oleh jawatankuasa Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah.

Menurutnya, sebanyak 2,453 rumah ibadat yang pelbagai dengan anggaran 1.6 juta ahli telah berdaftar dengan kerajaan negeri.

Katanya lagi, kerajaan negeri telah meluluskan dan memperuntukkan sejumlah RM333,118 juta kepada semua rumah ibadat ini sejak tahun 2017.

“Daripada jumlah ini, Gereja Roman Katolik menerima RM81,558 juta (24.5 peratus) untuk 509 buah gereja yang memiliki 643,503 ahli. Diikuti kumpulan Gereja Anglikan sebanyak 21.2 peratus atau RM70,519 juta untuk menyokong 300 buah gereja.

“Seterusnya, Borneo Evangelical Mission (BEM) merupakan penerima ketiga terbesar bagi peruntukan sebanyak RM59,700 juta atau 17.9 peratus untuk menyokong 635 buah gereja.

“Kumpulan penganut Buddha menerima RM37,060 juta (11.1 peratus) untuk membantu 152 kuil, selain kumpulan Gereja Methodist menerima RM27,977 juta dan Gereja Seventh Adventist sebanyak RM12,026 juta,” katanya.

Tambahnya, peruntukan sebanyak RM9,860 juta diagihkan kepada kuil Sikh, selain RM4,260 juta kepada Hindu dan banyak lagi.

“Malah, rumah ibadat lain seperti Konfusianisme, Taoisme dan agama tradisional turut menerima peruntukan berjumlah RM10,198 juta,” katanya sambil menafikan dakwaan bahawa kumpulan Gereja Anglikan menikmati bahagian terbesar daripada dana UNIFOR.

Jelasnya, ini adalah pecahan bagi saluran peruntukan dana daripada UNIFOR, diagihkan oleh jawatankuasa dalam unit ini secara bijaksana dan berhemah.

Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu menerima cek daripada Uggah untuk diagihkan kepada rumah ibadat yang pelbagai di kawasan Betong. Turut kelihatan Dr Sim (kiri) dan Fatimah (kanan).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru