ARTIKEL

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (enam, kiri) menyerahkan replika cek Sumbangan Bagi Aktiviti dan Program Bola Sepak Negara 2024 kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon (tujuh, kiri) ketika menyambut skuad Harimau Malaya selepas mengharungi cabaran Piala Asia 2024 di Qatar ketika di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1. | BERNAMA

Peruntukan Harimau Malaya ke Piala Asia hanya RM7 juta – Hannah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Peruntukan keseluruhan bagi menampung perbelanjaan skuad Harimau Malaya menghadapi kempen Piala Asia 2023 di Qatar hanya RM7 juta, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. 

Beliau berkata jumlah itu sememangnya kecil berbanding perbelanjaan negara lain dalam Kumpulan E  seperti Bahrain, Korea Selatan dan Jordan untuk bersaing di pentas bola sepak tertinggi Asia itu.

Hannah berkata berbanding Malaysia, Korea Selatan membelanjakan sebanyak RM94 juta, Jordan (RM23.5 juta) dan Bahrain (RM28.2 juta) bagi menghadapi kejohanan itu. 

Justeru, katanya peruntukan RM5 juta yang bakal disalurkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, diperlukan badan induk itu demi pembangunan skuad bola sepak negara terutamanya Harimau Malaya. 

“Jumlah RM5 juta ini hanya sebahagian sahaja daripada dana yang diperlukan FAM, ramai yang berpendapat durian runtuh untuk FAM, sebenarnya FAM perlukan lagi banyak dana.

Kalau kita mahu Harimau Malaya berpeluang menang pada Piala Asia, kita perlu pastikan mereka mempunyai sumber untuk berlatih dan mempunyai pendedahan seperti pasukan lain.

“Saya harap semua faham, walaupun dana ini tidak begitu banyak tetapi ia sangat penting buat Harimau Malaya,” katanya ketika hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini bagi menyambut ketibaan pasukan Harimau Malaya dari Qatar. 

Harimau Malaya menamatkan kempen Piala Asia 2023 dengan mencipta sensasi mengikat gergasi bola sepak Asia Korea Selatan, 3-3, pada perlawanan terakhir Kumpulan E di Stadium Al Janoub, Doha, pada  Khamis. 

Bagaimanapun, hasrat Malaysia untuk mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik tidak kesampaian selepas tewas dalam dua aksi pertama Kumpulan E iaitu 0-4 di tangan Jordan dan 0-1 kepada Bahrain, sekali gus menduduki tempat terakhir dengan mengumpul satu mata.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM5 juta kepada FAM bagi mengurus serta meningkatkan keupayaan skuad bola sepak kebangsaan.

Menurut Anwar, peruntukan berkenaan disalurkan dengan mengambil kira semangat juang tinggi pasukan Harimau Malaya pada saingan Piala Asia tersebut. 

Sementara itu, Hannah mengingatkan orang ramai agar menjadikan pencapaian Harimau Malaya yang mampu bersaing dengan pasukan gergasi Asia seperti Korea Selatan sebagai penanda aras dan mencetus kegemilangan buat generasi baharu sukan negara. 

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya kepada KBS atas peruntukan berkenaan. – BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan