ARTIKEL

Asfia (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau Kawasan Kemena dan Samalaju.

Peruntukan RM140,000 ringankan beban 10 masjid dan lapan surau di Kemena dan Samalaju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau di kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Kemena dan Samalaju membabitkan peruntukan berjumlah RM140,000.

Sebanyak RM100,000 diagihkan kepada sepuluh masjid dengan setiap institusi keagamaan itu menerima sumbangan berjumlah RM10,000 manakala lapan surau pula menerima RM5,000 melibatkan peruntukan sebanyak RM40,000.

Sumbangan ini bertujuan meringankan beban pihak pengurusan rumah ibadat terbabit untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pengimarahannya.

Dalam amanatnya, Asfia menggesa masyarakat, khususnya di kawasan DUN Kemena dan Samalaju, agar memberikan sokongan jitu dan tidak berbelah bahagi kepada wakil rakyat di kawasan masing- masing bagi memastikan perancangan pembangunan di kawasan mereka berjalan lancar.

Pada masa sama, beliau mengingatkan masayarakat Va’ie agar terus merapatkan ukhuwah dan tidak berpecah belah di samping tidak terpengaruh dengan senario politik semasa.

Hadir sama, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dan Pegawai Khas Jepak Jaya Development, Muhamad Ali Asfia.

Asfia (duduk tengah) dan Dr Stephen Rundi (duduk kiri) bergambar bersama penerima sumbangan untuk masjid dan surau bagi kawasan DUN Kemena dan Samalaju.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU