ARTIKEL

Peruntukan RM20 juta bangunkan litar drag di setiap negeri tidak mencukupi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Peruntukan RM20 juta untuk membangunkan litar drag di setiap negeri seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tidak mencukupi memandangkan kos penyelenggaraan menelan belanja besar selain keperluan menitikberatkan aspek keselamatan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata peruntukan yang dibentangkan kerajaan terdahulu pada Belanjawan 2023 juga tidak pernah dibahaskan serta mendapat kelulusan di Parlimen malah tiada input daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai projek berkenaan.

“Bukan sahaja duit, untuk membina litar drag ini melibatkan tanah yang besar dan kena dapatkan persetujuan kerajaan negeri. Dalam keadaan politik semasa yang mana kita ada kerajaan negeri berbeza-beza, bagaimana pengumuman itu boleh dibuat dan ada jangkaan untuk ‘rollout’…tak mungkin,” katanya.

Beliau berkata aspek keselamatan dalam sukan permotoran juga sangat penting dan KBS menitikberatkan soal ini selain daripada keperluan penyelenggaraan litar.

Hannah berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Baca lain  KEJOHANAN ANGKAT BERAT PARA DUNIA 2022: Empat atlet Sarawak galas cabaran negara

Meskipun demikian, Hannah berkata KBS akan memastikan sukan permotoran diberi perhatian dan pada tahun ini, terdapat peruntukan untuk program permotoran yang akan diselaraskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara, dan Litar Antarabangsa Sepang juga menerima peruntukan bagi membuat program dan penambahbaikan.

Mengenai program “Road to Gold” bagi pemain badminton dalam usaha meraih pingat pada Sukan Olimpik di Paris 2024, Hannah berkata tiada ada sebarang perubahan senarai pemain badminton meskipun berlaku penurunan ranking dunia termasuk wakil negara yang tersingkir awal di kejohanan Masters Malaysia.

Beliau berkata syarat kelayakan program RTG adalah jelas iaitu bekas pemenang pingat Olimpik dan atlet yang berada dalam senarai 10 terbaik dunia berdasarkan sukan masing-masing.

“Tidak ada (pemain badminton keluar dan masuk program RTG) sebab syarat kelayakan itu sangat jelas. Kalau mereka hendak masuk mesti berada dalam kedudukan 10 terbaik dunia,” katanya.

Hannah berkata untuk menyingkirkan atlet daripada program RTG bukan perkara mudah kerana ia memerlukan perbincangan lanjut serta nasihat daripada penasihat teknikal seperti Datuk Dr Ramlan Aziz, Josiah Ng dan Datuk Lee Chong Wei.

Baca lain  Piala FA Serian bermula 11 November

Ketika ini, ranking dunia pemain badminton menyaksikan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia menduduki nombor 10 dunia manakala beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di ranking ketiga  dunia dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di nombor tujuh dunia.

Bagi beregu wanita negara pula, Pearly Tan-M Thinaah menduduki nombor 11 dunia namun dijangka meningkat selepas meraih gelaran naib juara Masters Malaysia Ahad lepas.

Atlet badminton mendominasi senarai program RTG antaranya Zii Jia, dua beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah dan dua beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Selain pemain badminton, antara atlet yang menyertai senarai berkenaan ialah pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek), ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri (terjun).

Ditanya mengenai perseorangan lelaki Zii Jia, Hannah berharap pemain itu dapat fokus dan memberikan yang terbaik sepanjang kelayakan Olimpik terutama selepas mendapat jurulatih baharu Wong Tat Meng.

Baca lain  LIGA PREMIER 2022: Kamara import ketiga KC FC

“Saya gembira untuk Zii Jia kerana sebelum pengumuman dia mempunyai masalah tiada jurulatih. Ia sangat penting buat dia mempunyai jurulatih dan bergerak ke depan kerana kita tahu dia mahu memenangi emas. Dia mengambil langkah memperbaiki dirinya,” katanya.– BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual