ARTIKEL

SUMBANGAN… Dr Annuar (kanan) menyerahkan sumbangan tersebut kepada wakil-wakil masjid dan surau di Bahagian Sibu.

Peruntukan RM205,000 kepada masjid, surau jalankan aktiviti sepanjang Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Sejumlah RM205,000 telah diperuntukkan kepada masjid dan surau di Bahagian Sibu bagi menjalankan aktiviti sepanjang bulan puasa ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee, berkata sebanyak 41 masjid dan surau telah menerima sumbangan tersebut pada kali ini.

Setiap masjid dan surau, katanya, akan menerima RM5,000.

“Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS) menyumbang sebanyak RM1,000 manakala pusat khidmat saya menyumbang RM4,000.

“Ini bermakna setiap masjid dan surau masing-masing akan menerima RM5,000 untuk menjalankan apa-apa aktiviti dan program sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya semasa menyerahkan sumbangan tersebut kepada wakil-wakil masjid dan surau berkenaan di Masjid Al-Qadim di sini, petang tadi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat itu berkata sumbangan itu merupakan sumbangan tahunan pada setiap kali menjelangnya bulan Ramadan bagi membantu masjid dan surau menjalankan aktiviti pada bulan mulia ini.

Selain masjid dan surau, ujarnya, Jawatankuasa Tetap Islam Sibu turut menerima sumbangan itu.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru kepada 41 masjid dan surau terbabit untuk menghantar wakil mereka ke program ‘Al-Quran Hour’ yang dijadualkan pada 29 Mac ini di Dewan LAKIS.

Baca lain  Penganjuran Festival Bung Bratak rancakkan industri pelancongan di Bau

“Sesi bacaan al-Quran akan diadakan dalam dua sesi iaitu dari jam 9 pagi hingga jam 12 tengahari dan jam 2 petang hingga jam 6 petang. Kita jangkakan kira-kira 500 peserta akan hadir,” katanya.

Dr Annuar turut mengajak orang ramai menyertai Program Sungkei Perdana pada 23 Mac ini di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh