ARTIKEL

Peruntukan RM3 juta bangunkan industri lada Bukit Saban

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi membantu pembangunan industri lada di DUN Bukit Saban.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, usaha itu bagi menggalakan lebih ramai golongan muda untuk terlibat dalam industri tersebut.

“BDDA juga mahu membantu pekebun lada mengatasi kitaran harga pasaran lada,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Ceramah Industri Lada di Rumah Joseph Sanda, Jambu Kerampak, Layar.

Hadir sama, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi dan Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu.

Pada majlis tersebut, Datuk Amar Douglas Uggah turut menyampaikan geran Lembaga Lada Malaysia (MPB) berjumlah RM1.737 juta kepada penerima pelbagai kategori tanaman dan pengeluaran lada di Betong.

ADUN Bukit Saban itu berkata, Sarawak terus menyokong usaha pembangunan dan pengenalan teknologi baharu dalam industri lada.

“Saya dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia (MPB), Vincent Sawat bahawa mereka melaksanakan inisiatif ini.

“Ini termasuk melaksanakan projek perintis bagi penggunaan Internet Kebendaan (IOT) dan kaedah moden seperti fertigasi di Semengok, Kuching dan Sarikei,” tambahnya.

Terdahulu, Uggah menggesa MPB untuk menghasilkan sistem sokongan harga lada bagi memastikan pekebun terus memperoleh pendapatan walaupun ketika harga pasaran komoditi menurun.

Menurut statistik MPB, Sarawak merupakan pengeluar lada terbesar di negara ini yang mempunyai sekitar 38,277 pekebun, melibatkan 8,015 hektar kawasan tanaman.

Sarawak juga diunjurkan mengeluarkan 31,900 tan metrik tahun lepas.

Bahagian Betong merupakan antara pengeluar terbesar di negeri ini dengan 2,338 pekebun mengusahakan kawasan tanaman seluas 659.7 hektar.

BERITA LAIN

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk

BERITA TERBARU