ARTIKEL

Peruntukan RM4 juta untuk francais Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) sebagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memperuntukkan sebanyak RM4 juta untuk memperkukuhkan industri francais di Sarawak.

Dalam satu kenyataan semalam, kementerian itu berkata peruntukan itu dibuat di bawah program BizFrancais dengan kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MySED), dengan negeri itu merupakan lokasi pertama bagi siri jelajah program untuk tahun ini.

“Pernas membiayai lebih RM10 juta kepada usahawan Sarawak, iaitu lebih daripada 15 jenama francais dan prafrancais tempatan dibangunkan dengan bantuan Pernas sejak 2004,” katanya.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan sempena majlis perasmian Program BizFrancais Sarawak 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat.

Turut hadir di majlis itu adalah Setiausaha Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor KUSKOP, Chek Zainuddin Chek Jusoh; Timbalan Setiausaha Tetap MySED, Dolhadi Marzuki serta Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan dan Komuniti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Nikk Adam Abdillah Kipalli.

Dalam ucapannya, Dr Ripin berkata program tersebut merupakan inisiatif berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkasakan keusahawanan francais selaras dengan matlamat kementerian itu untuk melahirkan usahawan belia unggul menjelang 2030.

Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Francais Pernas, Mazlan Ibrahim berkata siri jelajah Program BizFrancais ini turut bermatlamat untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menjana pendapatan sambil mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang francais.

Pernas menyasarkan RM50 juta bagi keseluruhan siri jelajah program BizFrancais pada tahun ini yang turut melibatkan Pulau Pinang, Pahang dan Sabah.

Pada tahun lalu, sebanyak RM25.23 juta berjaya disalurkan kepada para usahawan melalui program itu. Program itu diperkenalkan sejak 2019, yang melibatkan sebanyak 20 siri. – Bernama

BERITA LAIN

Proton terima anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024

KUALA LUMPUR: PROTON telah menerima anugerah kecemerlangan industri yang paling berprestij melalui Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024 sebagai pengiktirafan atas komitmen syarikat untuk memajukan keselamatan kenderaan dan

Bursa Malaysia diniagakan tidak berubah pada dagangan awal

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung yang sederhana mengehadkan kenaikan Bursa Malaysia pada pagi ini selepas aktiviti pembelian saham semalam.  Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.08 mata

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC