ARTIKEL

Perutusan khas Tahun Baharu Cina Hadi Awang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Presiden PAS Tuan Seri Haji Abdul Hadi Awang, mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu kepada semua kaum Cina di Malaysia.

Melalui perutusan tersebut beliau menhingatkan kepelbagaian kaum dan bangsa diraikan sebagai tanda kebesaran Allah dan merupakan fitrah kejadian manusia.

“Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS telah memberi jaminan keadilan, keamanan dan kesejahteraan hidup untuk semua kaum dan agama di negara ini,” kata Hadi.

“PAS berpegang kepada konsep tiada paksaan dalam beragama walaupun Islam berkuasa sepenuhnya.”

Menurut beliau, PAS melalui pemerintahan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sudah berjaya membuktikan kebebasan beragama kepada penganut agama lain tidak dihalang, rumah ibadat tidak diroboh dan kegiatan ekonomi tidak disekat, sehingga orang bukan Islam hidup aman dan sejahtera di bawah pentadbiran PAS dengan diberikan hak kebebasan beragama dan bermasyarakat.

“Dalam hidup bermasyarakat majmuk ini, kita juga hendaklah saling mengenali budaya antara satu sama lain, saling kunjung mengunjungi dan saling hormat menghormati, supaya kita terus hidup dengan suasana yang penuh harmoni dan gembira.

Baca lain  Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam Diraja Persidangan ACWW

“Saya sendiri terus belajar tentang budaya dan amalan kaum-lain di Malaysia,” ujarnya dan mendoakan perjalanan ahli keluarga balik kampung dalam keadaan selamat.

Beliau berharap, sempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini perpaduan kaum di Malaysia terus dieratkan dan diperkukuh.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Naim Daniel dikecam

PELAKON dan penyanyi, Naim Daniel dikecam setelah memberikan pandangan tentang Blackout 2024. Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, melalui satu hantaran