Pesakit terlantar terharu terima sumbangan katil percuma

SARIKEI: Seramai tiga pesakit terlantar menerima sumbangan katil boleh laras daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, semalam.

Mereka ialah Liong Hap, 84 dari Sungai Batu, Meliah Unga, 71, dari Rumah Keli Sungai Minus dan Timah Beti, 64,Rumah John , Sungai Batu.

Jurucakap Pusat Khidmat N.45 Repok berkata, kesemua penerima terdiri daripada warga emas dan pesakit terlantar.

“Sumbangan juga bertujuan memastikan mereka selesa dan mudah diuruskan oleh anggota keluarga masing-masing.

“Pemberian yang dihulurkan itu sedikit sebanyak menceria dan meringankan beban penerima,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Jurucakap itu berkata, pemberian membuktikan keprihatinan Huang yang memberi fokus kepada usaha meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Sementara itu, salah seorang penerima berkata, dia terharu menerima sumbangan berkenaan.

“Saya terlantar sejak dua tahun lalu. Katil baharu ini memberi keselesaan kepada saya. Kalau nak beli sendiri memang saya tidak mampu.Terima kasih banyak-banyak Yang Berhormat (YB). Sedikit sebanyak saya rasa bersemangat untuk meneruskan hidup,” katanya.

Meliah Unga, 71, dari Rumah Keli Keli Sungai Minus turut menerima katil percuma.
Pemberian katil percuma membuktikan keprihatinan Huang yang memberi fokus kepada usaha meringankan beban mereka yang memerlukan di kawasannya.