Pesakit terlantar terus mendapat perhatian ADUN Repok

SARIKEI: Tiga lagi pesakit terlantar menerima sumbangan katil boleh laras percuma daripada ADUN 45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Penerimanya ialah Ting Pang Chew, 58, dari Jalan Methodist, Pau Hiew Hee ,54, Sungai Bakong dan Ting Ming Kiong berusia 88 tahun.

Malah bagi keluarga, sumbangan itu amat besar nilainya kerana membantu meringankan beban mereka menguruskan orang tua.

Sumbangan katil itu diserahkan kepada kedua-dua penerima oleh petugas Pusat Khidmat N.45 Repok, semalam.

Pada masa yang sama, mereka turut membantu memasang peralatan berkenaan selain memberi tunjuk ajar tentang cara penggunaanya.

Dalam pada itu, ADUN Repok memang terkenal dengan sikapnya gemar menghulurkan bantuan kepada rakyat di kawasannya yang kurang berkemampuan.

Suara Sarawak