Pesalah dadah ke tali gantung

KUCHING: Seorang tokan dadah warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis Metahmphetamin seberat 7,225.3 gram.

Pesuruhjaya Kehakiman Christopher Chin Soo Yin mengarahkan tertuduh, 34, dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar dadah di bawah Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh dihukum penjara selama setahun dari tarikh ditangkap kerana didapati memiliki 8.75 gram dadah jenis Nimetazepam di bawah Seksyen 12(2) akta yang sama.

Tertuduh ditangkap pada jam 7.50 pagi di tepi jalan berdekatan Helen Ngu Women Hospital dekat Batu 3, Jalan Rock pada 10 Oktober 2019.

Tertuduh ditangkap bersama syabu dan pil Erimin 5 bernilai RM543,700 setelah intipan dan serbuan dijalankan atas maklumat risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan IPD Serian.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mac 2021

Suara Sarawak