SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Pesara guru hilang, dijumpai terapung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
JUMPA…Mayat mangsa ditemui terapung oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat.

SARIKEI: Seorang pesara guru yang dilaporkan hilang ketika memukat di Sungai Kanowit, Nanga Meluan, pada petang Selasa lalu dijumpai terapung oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat, di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mayat mangsa ditemui sekitar jam 11.26 pagi, dalam anggaran dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi menyelamat dan mencari (SAR) pada hari ketiga telah ditamatkan pada jam 12.20 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, mangsa dilaporkan sempat berpaut pada baldi sebelum dilaporkan hilang dan kejadian disedari rakannya yang bersama-sama mangsa memasang pukat.

Rakannya cuba mencari dan menyelamatkannya namun gagal dan menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Pihak bomba melakukan pencarian di atas permukaan air namun gagal menemui keberadaan mangsa.

JUMPA…Mayat mangsa ditemui terapung oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru