ARTIKEL

SIDANG MEDIA… Milton Foo (kiri) bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) sambil ditemani mangsa penipuan dalam talian di Kuching.

Pesara guru rugi hampir RM47,000 akibat penipuan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hampir RM47,000 hilang dalam sekelip mata apabila seorang pesara guru menjadi mangsa penipuan dalam talian semasa mencari khidmat pembersihan rumah menjelang Tahun Baharu Cina.

SIDANG MEDIA… Milton Foo (kiri) bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) sambil ditemani mangsa penipuan dalam talian di Kuching.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Tan berkata kejadian itu bermula apabila wanita warga emas berusia 78 tahun itu menemui iklan perkhidmatan pembersihan rumah dikenali sebagai DC Cleaning Service di Facebook.

Menurutnya, syarikat perkhidmatan itu menawarkan kadar bayaran sekitar RM16 hingga RM17 sejam, jauh lebih rendah berbanding perkhidmatan lain.

“Selepas menekan pautan iklan tersebut, saya kemudian dihubungi oleh seorang lelaki yang mendakwa mewakili syarikat berkenaan dan meminta permohonan dibuat melalui laman web perkhidmatan itu,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) yang dihadiri Ketua Biro Pengaduan Awam SUPP Milton Foo di sini hari ini.

Puan Tan berkata ketika itu dia tidak begitu faham kerana maklumat di laman tersebut dalam bahasa Cina dan lelaki itu kemudian menawarkan untuk menghantar versi bahasa Inggeris serta memintanya mengikuti beberapa arahan pada telefon, termasuk membuka bahagian tetapan.

Beliau berkata panggilan telefon tersebut berlangsung hampir dua jam, dengan talian beberapa kali terputus sebelum skrin telefonnya tiba-tiba menjadi gelap tanpa disedari bahawa peranti itu sebenarnya telah digodam.

Puan Tan hanya menyedari sesuatu tidak kena selepas menerima panggilan sekitar 9.26 malam daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai bank yang memaklumkan terdapat permintaan untuk menyekat kad debitnya.

“Selepas memeriksa akaun perbankan dalam talian bersama anak saya pada malam yang sama, kami mendapati beberapa transaksi mencurigakan telah berlaku.

“Kami kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong sebelum memberikan kenyataan terperinci kepada pegawai penyiasat keesokan harinya,” katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat aduan kepada beberapa institusi kewangan yang terlibat dengan mengemukakan laporan polis serta dokumen berkaitan.

Bagaimanapun, menurutnya beberapa bank berkenaan menolak tuntutan tersebut dengan alasan transaksi dilakukan melalui sistem keselamatan perbankan dalam talian yang sah.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkaitan dapat membantunya mendapatkan semula wang simpanan yang hilang.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan