Trending

Pesara kerajaan rugi RM435,100 ditipu sindiket pelaburan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MUKAH: Seorang lelaki berusia 68 tahun yang juga pesara kerajaan di sini mengalami kerugian sebanyak RM435,100 selepas ditipu sindiket pelaburan.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, petang semalam.

“Menurut mangsa, seorang lelaki yang tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai Eric Yee telah memasukkan nombor telefonnya ke dalam kumpulan WhatsApp IG Global pada 8 Februari lalu.

“Suspek telah mempelawa mangsa untuk melabur dalam saham IG Global secara atas talian iaitu pelaburan emas dan US Dollar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, suspek juga telah menghantar satu dokumen PDF mengenai maklumat pelaburan sehingga menyebabkan mangsa tertarik untuk melalukan pelaburan tersebut.

“Mangsa diarahkan untuk membuat pelaburan dengan melakukan 15 transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah RM435,100 melalui pautan https://user.igglobal antara 16 Mac hingga 13 April ke enam akaun bank berbeza.

“Pada 22 April lalu, mangsa telah dihubungi oleh salah seorang ahli kumpulan WhatsApp dan menyatakan bahawa wang keuntungan tidak dapat dikeluarkan melalui pautan tersebut.

“Susulan itu, mangsa cuba memindahkan wang berjumlah RM2,225 melalui pautan yang sama ke akaun miliknya namun tidak berjaya dan mangsa menyedari telah ditipu apabila mendapati nombor telefonnya telah disekat dalam kumpulan WhatsApp IG Global,” jelasnya.

Ujarnya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai untuk melabur di platform yang betul serta berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sahaja.

“Bukan itu sahaja, orang ramai juga disarankan untuk membuat semakan senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak mempunyai kebenaran atau kelulusan di www.bnm.gov.my, BNM telelink 1-300-88-5465 dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia www.sc.com.my dan (603) 62048999,” tambahnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru