ARTIKEL

Pesara rugi hampir sejuta terpedaya polis palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang pesara swasta di sini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM900,000 akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, pihaknya menerima laporan daripada warga emas wanita berusia sekitar 70-an itu semalam.

Katanya, mangsa mendakwa telah menjadi mangsa penipuan menerusi panggilan telefon yang diterima individu menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

“Mangsa dimaklumkan oleh suspek bahawa dia telah menyertai kumpulan pengubahan wang haram.

“Suspek memberitahu mangsa sekiranya ingin mengelak ditangkap dan membersihkan nama, mangsa mesti membuat pembayaran untuk tujuan siasatan dan wang tersebut akan dikembalikan semula.

“Dalam tempoh daripertengahan bulan Januari hingga Februari ini, mangsa telah memindahkan wang sebanyak 117 transaksi ke 21 akaun bank yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, mangsa menyedari dirinya ditipu setelah membuat semakan selanjutnya di balai polis berhampiran dan dimaklumkan bahawa panggilan tersebut sebenarnya bukan daripada pihak polis.

Baca lain  Gadis didenda RM30,000 kendalikan mesin judi atas talian, jual loteri haram

Mancha justeru menasihatkan orang ramai agar tidak melayani panggilan telefon yang tidak dikenali, dan tidak mudah panik atau cemas serta takut dengan sebarang dakwaan yang dibuat sekiranya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

BERITA LAIN

Cubaan seludup 53 kotak lobak merah gagal

BAU: Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 53 kotak berisi lobak merah bernilai RM3,180 di Sektor Op Awas/Keris

Masyarakat perlu berani lapor kes dera

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri

Perselisihan faham punca kes bunuh bapa saudara

MIRI: Perselisihan faham antara ahli keluarga dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang lelaki oleh anak saudaranya, sebelum mayatnya ditemukan di tepi sungai di Senadin, di sini

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi