ARTIKEL

Pesara wanita berusia 70-an rugi RM900,000 dipedaya polis palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang pesara swasta di sini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM900,000 akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, berkata pihaknya menerima laporan berkenaan yang dibuat oleh pesara wanita berusia sekitar 70-an itu semalam. 

Katanya, mangsa mendakwa telah menjadi mangsa penipuan menerusi panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. 

“Mangsa dimaklumkan oleh suspek bahawa dia telah menyertai kumpulan pengubahan wang haram. 

“Suspek memberitahu mangsa, sekiranya mangsa ingin mengelak daripada ditangkap, dan membersihkan nama, mangsa telah diarahkan untuk membuat pembayaran bagi tujuan siasatan dan wang tersebut akan dikembalikan semula. 

“Pada pertengahan bulan Januari hingga Februari 2024, mangsa memindahkan wang sebanyak 117 transaksi ke 21 akaun bank yang berbeza,” Mancha memaklumkan satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, katanya, mangsa menyedari dirinya telah ditipu setelah membuat semakan selanjutnya di balai polis berhampiran dan dimaklumkan bahawa panggilan tersebut sebenarnya bukan daripada pihak polis. 

Baca lain  700 bungkus bubur lambuk berjaya diagihkan kepada pengguna jalan raya

Mancha justeru menasihatkan orang ramai agar tidak melayan panggilan telefon yang tidak dikenali, dan tidak mudah panik atau cemas serta takut dengan sebarang dakwaan yang dibuat sekiranya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,