ARTIKEL

Pesara wanita lesap wang simpanan RM390,000 ditipu ‘phone scam’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang wanita warga emas lesap wang simpanan sebanyak RM390,000 akibat diperdaya sindiket ‘phone scam’ yang kononnya dia terlibat dengan kegiatan jenayah ‘cuci wang’.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata mangsa yang berusia awal 70-an dan merupakan pesara swasta di sini, menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali pada awal November tahun lepas, yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Perak.

Menjelas lanjut, beliau berkata mangsa dimaklumkan telah terlibat dengan kegiatan jenayah ‘cuci wang’ menggunakan satu akaun bank yang didaftarkan atas namanya.

Katanya mangsa kemudian diarahkan untuk memindahkan wang ke akaun yang tidak dikenali bagi tujuan diaudit oleh Bank Negara dengan jaminan setelah wang mangsa diaudit, ia akan dipulangkan semula.

“Pada pertengahan November 2023, mangsa telah memindahkan wang sebanyak 17 kali transaksi ke dua akaun yang berbeza.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu kerana masih belum menerima kembali wangnya berjumlah RM390,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Mancha berkata mangsa tampil membuat laporan polis hari ini untuk siasatan dan tindakan lanjut.

BERITA LAIN

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

Pesta Kaul Oya 2024 berlangsung 19-21 April

DALAT: Jawatankuasa Pesta Kaul Oya 2024 akan menganjurkan pesta tersebut pada 19 hingga 21 April ini dengan tema ‘Berkaul, Bergaul dan Beriadah’. Menurut satu kenyataan

BERITA TERBARU

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya