ARTIKEL

Pesawat dengan 468 penumpang mendarat cemas, disyaki kebakaran enjin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI


JAKARTA: Sebuah pesawat yang membawa 468 orang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu akibat kebakaran enjin, kata syarikat penerbangan Garuda Indonesia.


Pesawat Boeing yang dimiliki Garuda itu dalam penerbangan ke Madinah itu kembali ke lapangan terbang asalnya di bandar Makassar Indonesia pada 5.15 petang.


Setakat ini tiada sebarang kecederaan penumpang dilaporkan.


Pendaratan cemas dibuat oleh juruterbang sejurus selepas berlepas, memandangkan masalah enjin yang memerlukan pemeriksaan lanjut selepas percikan api diperhatikan dalam salah sebuah enjin.

Rakaman yang disiarkan di media sosial, yang belum disahkan menunjukkan enjin pesawat itu terbakar ketika ia berlepas dan pesawat berkenaan kini sedang disiasat pihak berwajib.

BERITA LAIN

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan praktik penting BRI

BEIJING: Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bakal menjadikan Kyrgyzstan sebagai sebuah negara transit yang mempunyai potensi amat besar, kata Perdana Menteri Kyrgyzstan Akylbek Japarov. Menurut Japarov, beliau turut

BERITA TERBARU