ARTIKEL

Pesawat PM Kanada alami masalah teknikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Penerbangan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau terpaksa ditangguhkan pada petang Ahad selepas pesawatnya mengalami masalah teknikal.

Trudeau dan delegasinya dijadual berlepas dari New Delhi pada 8 malam waktu tempatan selepas menghadiri sidang kemuncak G20 selama dua hari.

“Setelah sampai di lapangan terbang, kami dimaklumkan oleh Angkatan Bersenjata Kanada bahawa CFC001 mengalami masalah teknikal.

“Isu ini tidak boleh diselesaikan dalam sekelip mata, delegasi kami akan berada di India sehingga langkah alternatif dibuat.

Kami memohon maaf atas kesulitan ini,” menurut pejabat Perdana Menteri kepada media.

Trudeau bertemu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi di luar Sidang Kemuncak G20 pada Ahad.

Perdana menteri Kanada tiba di New Delhi pada petang Jumaat. -Bernama

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.