ARTIKEL

Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat ringan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, dua minit selepas berlepas pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Datuk Norazman Mahmud berkata, dua juruterbang yang berada di dalam pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd, selamat. 

“Pesawat itu berlepas pada 8.26 pagi dari LTSAAS dan pihak Menara Kawalan Trafik Udara Subang menerima panggilan kecemasan sejurus selepas pesawat berlepas.

“Pesawat kemudiannya membuat pendaratan cemas pada 8.28 pagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, landasan lapangan terbang terlibat ditutup kepada operasi penerbangan buat sementara, sehingga pesawat itu dialihkan dari landasan.

Siasatan lanjut dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

– Bernama

BERITA LAIN

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

Dua pendam lama di Song disengkubang

SONG: Dua pendam Iban ditu udah disengkubang orang nadai tanggungpengawa ba penusah diripot nyadi kena 20 enggau 22 Mei tu tadi. Tuai Polis Pelilih Song,