ARTIKEL

Pesawat tentera China, Rusia masuk zon pertahanan udara Korea Selatan tanpa notis – Tentera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Empat pesawat tentera China dan empat pesawat tentera Rusia memasuki zon pengenalan diri ruang udara pertahanan Korea Selatan (KADIZ) tanpa notis pada Selasa, kata tentera Seoul, menyebabkan Tentera Udara Korea Selatan menghantar jet pejuangnya ke tempat itu.

Pesawat China dan Rusia itu memasuki bahagian selatan dan timur KADIZ masing-masing antara 11.52 pagi dan 1.49 tengah hari, lapor agensi berita Yonhap, memetik Ketua Staf Bersama (JCS).

Mereka tidak mecabuli ruang udara Korea Selatan, katanya.

“Tentera kami mengenal pasti pesawat China dan Rusia sebelum mereka masuk ke KADIZ dan mengerahkan jet pejuang Tentera Udara untuk mengambil langkah taktikal sebagai persediaan menghadapi kemungkinan situasi kemalangan,” kata JCS dalam mesej teks yang dihantar kepada pemberita.

Penerbangan mereka ke KADIZ dibuat selepas ketua pertahanan Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jepun menekankan komitmen mereka untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan tiga hala di luar Dialog Shangri-La, persidangan keselamatan tahunan di Singapura, pada hujung minggu lepas.

Zon pertahanan udara bukanlah ruang udara wilayah tetapi ditetapkan untuk meminta pesawat asing memperkenal diri bagi mengelak pertempuran tidak sengaja. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik