Trending

Pesilat PPSAZK harumkan nama negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Penampilan hebat dipamer pesilat dari Persatuan Pesilatan Seni Asli Zamrud Kuching (PPSAZK) apabila meraih dua pingat emas dan dua gangsa pada Kejohanan Seni Pencak Silat Atas Talian Terbuka Antarabangsa 2021 yang berlangsung baru-baru ini.

Pingat emas dirangkul menerusi gandingan Abang Mohd. Hazriq Anil dan Karismawatie Anum Zainal bagi kategori tempur campuran.

Selain itu menerusi gandingan mantap Muhammad Irfan Hasri dan Raden Irfan Dhani Mohd. Izwaro untuk gelaran juara kedua kategori tempur putera.

Dua pingat gangsa diperolehi dari kategori solo bersenjata menerusi Syed Muhammad Syukri Wan Abu Bakar serta gandingan Katismawatie Anum Zainal dan Norumairah Balqis Khairuddin bagi kategori tempur puteri.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek), Datuk Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali menzahir rasa gembira atas kejayaan dicipta pesilat dari perguruan berkenaan (PPSAZK) pada kejohanan tersebut.

Katanya kredibiliti pesilat berkenaan begitu hebat sekali kerana telah berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

“Satu pencapaian yang cukup hebat sekali. Tahniah dan syabas kepada pesilat yang berjaya meraih pingat dalam kejohanan itu,” katanya ketika berucap ringkas pada Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang PPSAZK di pusat latihan perguruan itu di Jalan Matang petang tadi.

Beliau berharap pesilat dari perguruan berkenaan dapat mengekalkan reputasi hebat mereka pada kejohanan yang akan disertai selepas ini. Kejohanan tersebut dianjur FPSTI Denmark.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru