ARTIKEL

Pesilat PPSAZK janji aksi terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud Kuching (PPSAZK) mempertaruhkan 13 orang pesilat terbaik pada Kejuaraan Silat Terbuka Pendekar Seabad XIV 2023.

Kejohanan terbabit yang akan berlangsung di pusat beli-belah terkemuka Evovalve Concept, Ara Damansara bermula dari 31 Mei hingga 4 Jun nanti.

Guru Utama PPSAZK, Abang Mustapha Abang Khaider memberitahu, anak didiknya akan bersaing dalam kategori lelaki dan wanita mengikut pecahan masing-masing.

“Kita mempertaruhkan pesilat remaja, dewasa serta kanak-kanak pada kejohanan kali ini.

“Apa yang pasti, mereka diseru untuk memberikan aksi terbaik dalam kategori masing-masing kelak,” ujar Abang Mustapha kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, barisan pesilat yang diberi mandat beraksi pada kejohanan kali ini berpengalaman dan pernah mencipta kejayaan dalam beberapa kejohanan disertai sebelum ini.

Justeru tambah Abang Mustapha, beliau yakin ada pesilat PPSAZK yang akan mencetak nama selaku penyumbang pingat kelak.

BERITA LAIN

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.