Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Pesilat PPSAZK raih 11 pingat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
HEBAT...Barisan pesilat PPSAZK merakam gambar bersama-sama pingat masing-masing.
HEBAT…Barisan pesilat PPSAZK merakam gambar bersama-sama pingat masing-masing.

KUCHING: Kehebatan luar jangkaan dipamer pesilat dari Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud Kuching (PPSAZK) apabila berjaya membawa pulang 11 pingat pada Kejuaraan Pencak Silat Enam Penjuru Dan Jemputan 2022 yang berlangsung di Kompleks Sukan Nusajaya, Johor dari 13 hingga 16 Disember.

Meraih 1 pingat emas, 6 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Sekali gus, pencapaian terbaik buat anak didik Abang Mustapha Abang Khaider.

Pingat emas disumbangkan oleh Dayang Nur Ain Awang Ismail dalam kategori Solo Kreatif Puteri Dewasa.

Manakala, himpunan pingat perak disumbangkan oleh Balqis Syahira Mohd Maulana Abdullah (Solo Kreatif Puteri Dewasa), Abang Muhamad Hazriq Aznil Abang Mustapha dan Syed Muhamad Syukri Wan Abu Bakar (Tempur Putera Dewasa).

Turut mendapat pingat perak, Balqis Syahira dan Syarifah Azza Amira Wan Noraffendi (Tempur Puteri Dewasa), selain satu lagi menerusi Syarifah Azza Amira (Silat Olahraga Puteri Kelas D Dewasa).

Dalam pada itu, empat pingat gangsa diperoleh Abang Muhamad Hazriq Aznil (Solo Kreatif Putera Dewasa), Alya Marsya Mohamad Reduan (Silat Olahraga Puteri Kelas B Remaja), Balqis Syahira (Silat Olahraga Puteri Kelas B Dewasa) dan Syed Muhamad Syukri (Silat Olahraga Putera Kelas D Dewasa).

Baca lain  Pilihan terbaik demi rakyat

 

 

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru