Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Pesilat PPSAZK raih lima pingat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
HEBAT...Barisan pesilat PPSAZK tiba di LTAK semalam.
HEBAT…Barisan pesilat PPSAZK tiba di LTAK semalam.

KUCHING: Kehebatan luar jangkaan dipamer barisan pesilat handalan Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud Kuching (PPSAZK) apabila berjaya meraih lima pingat.

Anak-anak didik pimpinan Abang Mustapha Abang Khaider berjaya memperoleh dua pingat emas dan tiga pingat perak dalam Pertandingan Silat Tradisi Dan Acara Kesenian sempena Festival Pentas Pendekar Johor 2022 di Johor dari 14 hingga 16 Oktober lalu.

Pingat emas disumbang oleh Raden Irfan Dhani Mohd. Iswandy dan Muhd. Irfan Hasri menerusi kategori tempur pendekar tangan kosong remaja.

Satu lagi pingat emas disumbang Abang Mohd. Hazriq Azbil Abang Mustapha dan Syed Muhd. Syukri Wan Abu Bakar kategori tempur pendekar senjata bebas.

Sementara itu, tiga pingat perak disumbang oleh gandingan Balqis Syahirah Mohd. Maulana dan Raden Irfan Dhani Mohd. Iswandy kategori solo pengantin remaja.

Di samping, Muhd. Irfan Hasri, Raden Irfan Dhani Mohd. Iswandy dan Ahmad Adam Asan kategori jurus.

Satu lagi pingat perak diperoleh dari kategori juara keseluruhan.

“Satu kejayaan diluar jangkaan kita, secara peribadi saya amat kagum dengan sangat juang dipamer kesemua pesilat terlibat.

“Walaupun, mereka berdepan cabaran cukup sengit sepanjang saingan, namun berjaya mengatasi tekanan tersebut,” ujar Abang Mustapha kepada Arena Suara Sarawak.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News