ARTIKEL

PESONA Sarawak pertaruh 16 pesilat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 16 pesilat muda dari Persekutuan Silat Olahraga Nasional Negeri Sarawak (PESONA Sarawak) akan berentap memburu kejuaraan pada Kejohanan Silat Malaysia Seni Kreatif & Silat Olahraga Peringkat Kebangsaan 2023 di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor bermula 16 hingga 18 Jun ini.

Presiden PESONA Sarawak, Tuah Idris Bujang memberitahu, himpunan pesilat terlibat dalam kejohanan ini akan bersaing dalam tiga kategori iaitu silat olahraga, seni kreatif dan pulut.

Menurutnya, pesilat terlibat mencakupi dari peringkat tunas, pra remaja dan remaja.

“Sasaran kita untuk cuba sekurang-kurangnya sepuluh pingat emas.

“Kita berharap pesilat ini dapat fokus sepenuhnya pada saingan sebenar nanti,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bendera Negeri Sarawak kepada kontinjen terbabit yang telah disempurnakan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pada amanat ringkasnya, Karim berharap pesilat terlibat diseru memberikan aksi terbaik sepanjang saingan.

“Saya percaya anda semua telah membuat persiapan begitu rapi, dan besar harapan kita anda dapat beroleh pingat kelak,” ujar Karim.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick serta pegawai dan jurulatih badan induk silat berkenaan.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi